Monday 27 September 2010

DOA PAGI

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,
Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.
Aminn..


YA ALLAH SESUNGGUHNYA AKU MOHON PADAMU KEAMPUNAN DAN KESIHATAN DI DUNIA DAN AKHIRAT. YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU MOHON PADAMU KEAMPUNAN DALAM AGAMAKU, DUNIAKU, KELUARGAKU DAN HARTA BENDAKU.



* YA ALLAH, TUTUPKANLAH SEGALA KEBURUKANKU DAN BERIKANLAH KETENANGAN DARIPADA SEGALA YANG MENGEJUTKAN HATIKU. YA ALLAH, ENGKAU PELIHARALAH AKU DARIPADA SEGALA BAHAYA YANG ADA DI HADAPANKU, DI BELAKANGKU, DI KANANKU, DI KIRIKU DAN BAHAYA YANG DATANG DARI ATASKU. AKU MOHON PERLINDUNGAN DENGAN KEBESARANMU DARIPADA MARA BAHAYA YANG MEMBINASAKAN DARI BAWAHKU.



* YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU MOHON KEPADAMU KEBAIKAN YANG DATANG MENDADAK, AKU MOHON JUGA PERLINDUNGANMU DARIPADA KEJAHATAN YANG DATANG MENDADAK. KERANA SESUNGGUHNYA SEORANG HAMBA ITU TIDAK AKAN TAHU APA SAHAJA YANG AKAN DATANG KEPADANYA DENGAN TIBA-TIBA PADA PAGI DAN PETANG HARI.



* YA ALLAH TUHAN YANG MENCIPTA LANGIT-LANGIT DAN BUMI, YANG MENGETAHUI GHAIB DAN JELAS. ENGKAULAH TUHAN YANG MEMELIHARA SEGALA SESUATU DAN MEMILIKINYA. AKU MENGAKU BAHAWA TIADA TUHAN SELAIN ENGKAU. ENGKAU SENDIRI DAN TIADA YANG MENYEKUTUIMU. SESUNGGUHNYA MUHAMMAD ITU HAMBAMU DAN UTUSANMU. AKU MOHON PERLINDUNGANMU DARIPADA KEJAHATAN YANG KUBAWA UNTUK DIRIKU SENDIRI ATAU KEJAHATAN YANG KUBAWA KEPADA SEORANG MUSLIM.



* YA ALLAH TETAPKANLAH KAMI DALAM JALAN ISTIQOMAH DAN LINDUNGI KAMI DI DUNIA INI DARIPADA PERKARA YANG MENGAKIBATKAN PENYELESALAN KAMI PADA HARI KIAMAT. YA ALLAH, RINGANKANLAH BEBANAN DOSA KAMI DI AKHIRAT DAN KURNIAKANLAH KAMI KEHIDUPAN HAMBAMU YANG BAIK-BAIK. YA ALLAH, JAUHKANLAH KAMI DARIPADA SEGALA KEJAHATAN ORANG-ORANG YANG JAHAT. YA ALLAH, LEPASKANLAH LEHER KAMI DAN LEHER IBU BAPA KAMI DAN SELURUH SAUDARA KAMI YANG LELAKI MAHUPUN PEREMPUAN DARIPADA BELENGGU API NERAKA. SEMUA ITU DENGAN BARKAT RAHMATMU YANG MAHA MULIA, YANG MAHA MENGAMPUNI, MAHA PEMURAH, MAHA PENUTUP KEAIBAN ORANG LAIN DAN TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI LAGI MAHA PERKASA.



* YA ALLAH TUHAN, TUHAN YANG MAHA PENGASIH DAN TUHAN YANG MERUPAKAN SEGALA PERMULAAN DARIPADA SEGALA PERMULAAN DAN YANG KEMUDIAN DARIPADA SEGALA YANG KEMUDIAN. WAHAI TUHAN YANG MEMPUNYAI KEKUATAN YANG SANGAT KUKUH DAN TUHAN YANG MENGASIHI ORANG-ORANG MISKIN DAN TUHAN YANG TERLEBIH KASIH SAYANG DARIPADA ORANG YANG BERKASIH SAYANG. TIADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH MELAINKANMU.

Wednesday 15 September 2010

Keindahan Al-Ma'thurat

source: email


Mengapa al-Ma’thurat Memenuhi Selera Rohani Saya

Sebagai pendokong usaha menegakkan Islam sebagai deen yang memerintah, kita tidak boleh melupakan tanggungjawab untuk berzikir mengingati Allah SWT sebanyak-banyaknya. Antara kesilapan pendokong gerakan Islam ialah terlalu sibuk dengan urusan sesama manusia dan mad’u, sehingga terabai kualiti hubungan dengan Allah. Tidak pula dinafikan yang kesibukan berdakwah sesama manusia juga adalah sebahagian daripada zikrullah, akan tetapi nilailah sejauh mana kita memperuntukkan masa dan fokus diri untuk berkhalwat, bersendirian bersama Allah SWT.

Sebagai antara pengasas kepada gerakan Islam pasca kejatuhan khilafah, al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna amat menitik beratkan amalan berzikir di kalangan ahli al-Ikhwan al-Muslimun. Apatah lagi dengan latar belakang beliau semasa zaman kanak-kanak, beliau pernah membesar di dalam suasana bertariqat. Semasa di Mesir, saya agak beruntung kerana rumah pertama saya di Syari’ Mawazin, Damanhour, letaknya hanya 5 minit berjalan kaki dengan Masjid al-Jamie’ al-Hisofi, tempat Imam al-Banna ditarbiah rohaninya menerusi tariqat Shazuliyyah Hisofiyyah. Walaupun saya secara peribadi kurang selesa dengan cara tariqat itu sekarang, apa yang pasti pengalaman Imam Hasan al-Banna di zaman kanak-kanaknya amat banyak mempengaruhi cara hidup beliau sehingga dianugerahkan syahid.

Beliau telah memperkenalkan wirid zikir al-Ma’thurat kepada umat Islam dan khususnya kepada pendokong gerakan Islam sebagai makanan rohani penguat jiwa mereka. Semasa mencadangkan al-Ma’thurat, al-Banna telah memberikan pesanan terhadap beberapa perkara penting di sebalik al-Ma’thurat:

1. Zikir mengingati Allah sebenarnya perlu dilakukan pada setiap ketika, termasuklah di dalam perkara yang biasanya dianggap sebagai perkara duniawi. Seni mengaitkan amalan dunia yang dilihat tiada kaitan dengan ritual keagamaan, dengan mengingati Allah, adalah suatu seni yang perlu digilap oleh pendokong Islam.

2. Beliau juga memperingatkan kepada ahli Ikhwan mengenai fadhilat zikir. Yang paling utama menurut beliau, ialah dengan mengingati Allah, Allah akan mengingati kita, seterusnya membawa kepada nusrah dan ketenangan di dalam menggalas amanah dakwah.

3. Adab berzikir turut ditekankan oleh beliau. Adab paling penting ialah menghadirkan kemanisan hati semasa berzikir, dengan memberikan fokus dan memikir falsafah pengertian zikir yang dilafaz lisan. Beliau turut menyatakan keutamaan merendahkan suara di dalam berzikir, dan juga menjaga kebersihan pakaian serta tempat ketika berzikir.

4. Di dalam masa yang sama, beliau turut menggalakkan ahli Ikhwan supaya membaca al-Ma’thurat secara berjemaah atau beramai-ramai, dengan syarat tidak menganggu orang lain yang sedang bersembahyang atau mengerjakan urusan yang lain. Semasa di Mesir, selalu juga saya menghadiri majlis zikir al-Ma’thurat anjuran Ikhwan di beberapa surau perkumpulan mereka. Akan tetapi sekiranya ada rakan mereka yang lewat masuk ke surau kemudian menunaikan solat, mereka secara automatik akan merendahkan suara. Menurut al-Banna, kelebihan berzikir secara berkumpulan ini disentuh di dalam sepotong hadith riwayat Muslim:

لا يقعد قوم يذكرون الله عز وجل إلا حفتهم الملائكة وغشيتهم الرحمة ، ونزلت عليهم السكينة ، وذكرهم الله فيمن عنده

Tidaklah duduk sesuatu kaum itu (berkumpul) berzikir mengingati Allah Azza wa Jall, melainkan dinaungi mereka dengan malaikat, dilimpahi dengan rahmah, dianugerahkan ketenangan dan Allah mengingati mereka terhadap apa yang di sisi mereka.

Ada beberapa perkara yang barangkali ingin saya tambah di sini berkaitan dengan isu zikir dan al-Ma’thurat.

1. Setiap manusia mempunyai selera yang berbeza, baik selera fizikal seperti makan minum berpakaian, mahu pun selera rohani. Ada sesetengah orang, rohaninya lebih berselera dengan banyak menunaikan solat sunat. Ada setengah orang dengan banyak berzikir. Ada sesetengah orang suka berzikir dengan ayat al-Quran. Sesetengah yang lain berzikir dengan wirid-wirid yang diajar oleh nabi, sahabat, atau oleh tok guru mereka. Justeru, carilah selera rohani kita. Secara peribadi, selera rohani saya ialah al-Ma’thurat, dan saya akan didik anak-anak dan keluarga saya mempunyai selera rohani yang sama. Firman Allah di dalam Surah al-Isra’ ayat 84 yang bermaksud:

Katakanlah (wahai Muhammad) setiap orang beramal mengikut pembawaan jiwanya sendiri. Maka Tuhan lebih mengetahui siapakah yang lebih betul jalannya.

2. Kenapa al-Ma’thurat? Jawapan mudah dan ringkasnya ialah kerana al-Ma’thurat menghimpunkan wirid di dalam al-Quran dan juga di dalam hadith sohih semata-mata. Maksudnya, al-Ma’thurat ialah himpunan doa ma’thur yang diajar oleh Allah dan Nabi. Ayat al-Quran, walaupun kita membacanya tanpa mengetahui maknanya, akan terus mendapat pahala.

3. Bagaimana pula dengan wirid atau hizib atau segala juga istilah zikir yang diajar oleh tok-tok guru tertentu selepas kewafatan nabi? Bagi saya tiada masalah untuk mempunyai disiplin amalan yang dicadangkan oleh tok-tok guru tertentu, dengan syarat ialah tidak bercangah dengan syara’, tidak mempunyai elemen syirik, mempunyai makna yang baik serta pengamalnya faham falsafah pengertian zikir tersebut. Akan tetapi sekiranya dibandingkan antara zikir yang diajar oleh Allah dan Rasulnya, berbanding zikir yang diajar oleh manusia lain, sudah tentu menjadi keutamaan kita mengikuti zikir anjuran Allah dan Rasul. Dan inilah kelebihan al-Ma’thurat.

Allahua’lam bissowab.

Sunday 5 September 2010

Kisah Arnab dan Kura-kura

Suatu masa yang dahulu, Sang Arnab dan Sang Kura-kura saling mencabar satu sama lain tentang siapa yang terpantas dan akhirnya mereka bersetuju untuk mengadakan perlumbaan. Perlumbaan ini akan menentukan siapa lebih pantas. Sesiapa yang sampai lebih awal di garisan penamat yang dipersetujui dikira sebagai pemenang.


Perlumbaan pun bermula. Sang Arnab memecut pantas. Di separuh jalan, dia memandang ke belakang dan melihat Sang Kura-kura masih jauh. Jadi Sang Arnab pun berehat dibawah pokok dan tertidur.

Sang Kura-kura secara perlahan dan konsisten memotong Sang Arnab dan muncul sebagai juara perlumbaan tersebut. Sang Arnab terjaga dan menyesali apa yang terjadi.

Pengajaran : Perlahan-lahan dan konsisten membawa kejayaan.


Biasanya cerita ini akan berakhir disini, tetapi kali ini cerita ini bersambung..


Sang Arnab kecewa dengan kekalahan ini. Sang Arnab membuat kajian untuk mengkaji sebab-sebab kekalahannya kepada Sang Kura-kura. Sang Arnab mendapat jawapan bahawa dirinya terlalu berkeyakinan tinggi, tidak berhati-hati dan terlalu sambil lewa. > *

Jika dia menyelesaikan ketiga-tiga masalah tadi, adalah mustahil dia akan kalah. Jadi Sang Arnab mengajak Sang Kura-kura untuk mengadakan perlawanan kedua. Sang Kura-kura bersetuju.


Kali ini Sang Arnab memecut dari garisan permulaan sehingga garisan penamat. Dia memenangi pertandingan dengan meninggalkan Sang Kura-kura jauh ketinggalan di belakang.


Pengajaran : Pantas dan konsisten dapat menewaskan perlahan-lahan dan konsisten.


Jika dalam syarikat anda, terdapat seorang pekerja yang lambat dan konsisten dan seorang lagi pantas dan konsisten. Sudah tentu, individu yang pantas dan konsisten akan menjadi pilihan kita.


Lambat dan konsisten adalah baik tetapi pantas dan konsisten adalah lebih baik.


Cerita ini bersambung lagi. Kali ini Sang kura-kura pula memikirkan strategi untuk menang. Sang Kura-kura menyedari bahawa jika format pertandingan seperti sedia ada, adalah mustahil bagi Sang Kura-kura untuk menang. Strategi terbaik adalah mengubah format perlumbaan.


Setelah berfikir panjang. Sang Kura-kura mencabar Sang Arnab untuk perlumbaan ketiga. Kali ini dengan laluan yang dikemukakan oleh Sang Kura-kura adalah sedikit berbeza dari laluan asal. Sang Arnab bersetuju.


Perlumbaan dimulakan. Berbekalkan komitmen yang ada, Sang Arnab memecut pantas dan terhenti di sebuah sungai yang besar. Garisan penamat adalah beberapa kilometer diseberang dari sungai ini. Sang Arnab tidak tahu berenang.


Sang Arnab berhenti di tebing sungai dan memikirkan tentang apa yang patut dilakukan sekarang. Pada masa yang sama pula, Sang Kura-kura berjalan perlahan-lahan, setibanya di sungai, dia berenang ke seberang dan kemudiannya berjalan semula sehingga tiba di garisan penamat. Sang Kura-kura menang.


Pengajaran : Kenalpasti kelebihan diri anda, cebur dalam bidang yang anda mempunyai kelebihan.

Jika anda tidak mahir dan tidak berminat dalam bidang membuat kiraan stok. Tinggalkan bidang itu dan cari orang yang mahir dalam bidang tersebut. Jika anda minat dalam bidang pemasaran. Cebur bidang tersebut dengan sepenuh hati. Tetapkan laluan perlumbaan anda berdasarkan kelebihan dan minat yang anda miliki.


Kisah ini belum berakhir....


Setelah 3 kali perlumbaan. Sang Arnab dan Sang Kura-kura telah menjadi rakan karib. Mereka berbincang bersama. Mereka mendapat idea baru tentang cara meningkatkan kepantasan perlumbaan mereka.


Mereka bersetuju untuk berlumba, tetapi bukan sebagai pesaing tetapi sebagai satu pasukan.


Perlumbaan dimulakan.

Sang Arnab mendukung Sang Kura-kura dibelakangnya dan memecut pantas sehingga ke sungai yang besar. Setibanya di sungai, Sang Arnab pula berada di atas Sang Kura-kura yang sedang berenang. Setibanya di seberang sungai, mereka bertukar posisi sekali lagi dan sampai ke garisan penamat dengan jayanya.


Mereka merasa lebih puas dan berjaya berbanding apa yang mereka telah lalui sebelum ini.


Pengajaran : Walau sehebat mana pun seseorang individu, pasti terdapat bidang yang individu ini lemah dan orang lain lebih baik berbandingnya. Oleh yang demikian, adalah bagus kita bekerja dalam satu kumpulan dengan menggunakan kelebihan yang ada pada setiap orang.

Wednesday 1 September 2010

A BEAUTIFUL STORY ABOUT QURAN

A Beautiful story about QURAN.


Why do we read Quran, even if we can't understand a single Arabic word???? This is a beautiful story.

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Quran. His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, 'Grandpa! I try to read the Quran just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book. What good does reading the Qur'an do?'

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, 'Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water.'

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, 'You'll have to move a little faster next time,' and sent him back to the river with the basket to try again. This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.

The old man said, 'I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough,' and he went out the door to watch the boy try again.

At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house. The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, 'See Grandpa, it's useless!'

'So you think it is useless?' The old man said, 'Look at the basket.'

The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

'Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives.'