Source: email
Sabda Nabi SAW: sampai lah pesanku walaupun sepotong ayat….
Baca dengan penuh teliti, faham, amalkan dan sebar-sebarkan. Buka dada, buka minda dan azam sungguh-sungguh untuk kita sama-sama amal ilmu yang dikongsikan ini.
Assalamualaikum Semua.
Last weekend Nasha and Kak Has ada menghadiri ceramah “Dahsyatnya Doa seorang Ibu” oleh Ustaz Abdullah Mahmud. Dia ustaz untuk angkatan tentera malaysia (Kor Agama Angkatan Tentera -KAGAT) sebelum ini. So, kat sini nak share laa info yang menarik kot-kot kawan-kawan, kakak-kakak, makcik-makcik,adik-adik boleh ambil manfaat sama. Catatan ini agak panjang, kalau malas nak baca, baca laa yang ada tanda ***
Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
Lapangnya masa kita ada kaitan dengan KEBERKATAN hidup kita. Ingat;
Kita adalah di bawah murka Allah apabila kita ada masa untuk buat benda tak baik, tapi sebaliknya takdak masa nak buat yang baik.
Jika kita tak pernah rasa cukup duit, maksudnya kita tidak diberi keberkatan oleh Allah.
*** Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak akan hilang. So para ibu, jangan jatuh air mata anda yer. Dan para anak, jangan bagi ibu jatuhkan air matanya yer.
Kalau balik tengah malam, buka lampu dan cuba tengok atau tatap wajah ibu. Sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka ;
1. Melihat kaabah sehingga menitis air mata
2. Membaca quran sehingga menitis air mata
3. Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinangan air mata
Ada 3 orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup kita, terutama tengok masa mereka tidur;
1. Anak
2. Ibu
3. Suami
Tips Selingan: kata ustaz, kalau kita ada perselisih faham dengan suami sampai nak bercerai, tengak laa muka bila dia tidur. Kalau masih timbul perasan kasih-sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai. Tapi jika tiada langsung rasa tu semua, maksudnya jodoh dah memang takde, boleh teruskan pergi mahkamah la.
Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya (tak menangis teruk la). Jadi, bagi siapa yang masih ada ibu, pandang laa ibu selalu. Dapat pahala tau.
Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu (dianggap tidak beradab). So, kalau nak tunjukkan sesuatu, tunjukkanlah dengan baik-baik dan penuh rasa hormat.
Kalau ada niat yang baik, teruskan laa. InsyaAllah, Allah akan bersama, jangan takut.
Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun dah kira ok. Jadi, kalau tak mampu nak tolong orang, pasang niat ikhlas kita nak tolong pun dah memadai (kalau tak mampu). Kalau mampu tolong, tapi hanya pasang niat jer tu, tu lain cerita yer.
*** Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik, dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik!
Tips supaya makbulkan doa (melalui Wasilah Amal)
Ada kaedah yang mana kita boleh minta atau mohon bantuan daripada Allah, iaitu dengan “mengungkit” kebaikan yang kita lakukan supaya Allah makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil “wasilah amal”. Contoh nak buat wasilah amal ialah kita berdoa seperti berikut ;
“Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini”
*** Paling banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Maksudnya wasilah amal ni sangat berkesan kalau yang dituntut tadi adalah hal-hal yang berkaitan kebaikan yang kita buat kepada ibu kita. (Tapi geng, kalau sedekah RM1 takkan nak tuntutkan. huhu)
Apabila ditimpa sakit atau musibah
Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah ialah;
* Kalau ditimpa sakit, baca laa “Innalillahi wainnaillaihirojjiuun”. Kemudian, kita berdoa dengan Allah ;
“Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini”
“Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini”
Hatta, kebaikan kita suapkan makanan untuk anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.
*** Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang untuk ibu yang sudah meninggal dunia, maka dia dikira sebagai anak derhaka. Walaupun pada waktu ibunya hidup, dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti mendoakan ibu kita!
Ingat : Doa orang yang masih hidup adalah makbul untuk orang yang hidup atau pun orang yang sudah meninggal dunia. Jadi, pastikan kita sentiasa doakan ibu kita, terutamanya ibu yang telah tiada!
*** Doa orang yang mati pun makbul untuk orang yang masih hidup.
Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sikit. Sedih gak laa. Pergi la ke pusara mak kita cakap;
“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada, tentu mak bahagia tengok cucu mak kawin kan” atau “Ayah, saya nak kawin esok, kalau ayah ada, pasti ayah akan gembira tengok saya kan…”
Ustaz kata, luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka boleh mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana .
Adab pergi atau melalui kawasan perkuburan
Bila lalu kawasan perkuburan, perlahankan kenderaan dan beri salam! Penghuni kubur akan mendoakan kita balik seperti doa mereka “Berkatilah si A ini” dan jika tak bagi salam, mereka akan kata “celakah lah orang ini”. Jadi, jangan lupa bagi salam pada ahli-ahli kubur kalau pergi ke kubur yer.
Tanda-tanda murka Allah atas muka bumi ni ialah antara lainnya, kita simpan harta sampai mati tak pernah sempat untuk kita keluarkan.
***Sesiapa yang selalu bersedekah selalu, maka dia takkan miskin selamanya…
Tips mudah untuk menderma
Bila nak berbelanja atau ber shopping, selalu lah peruntukkan duit untuk sedekah, kerana dalam duit kita tu ada hak orang susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagi laa duit tu sikit. Allah hantarkan orang-orang susah ini datang pada kita minta sedekah, ini peluang kita untuk dapatkan pahala! Maka, jangan lah lepaskan peluang buat baik.
*** Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde, teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! Semasa bersedekah, niatkan begini ;
“Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”.
Itu lah yang patut kita buat supaya ibu kita bahagia di sana .
Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita, baru kita ringan tangan nak bersedekah.
*** Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya. Maka, jagalah mereka dengan baik. Insyallah, syurga balasannya. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya.
Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka, jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa. Jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum DIA mengambil kita balik.
Selalu Bergaduh Dengan Ibu
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan juga kita diganggu saka.
Antara ganguan saka ;
* Selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi.
* Selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi
* Selalu sakit tulang belakang
* Rasa seperti tulang belakang bengkok
* Selalu rasa mengantuk selepas asar
Saka boleh dipindahkan melalui harta pusaka, walaupun sebiji pinggan. Boleh juga dipindahkan melalui amalan tertentu dan sentuhan.
Simptom dah terkena saka ialah ;
* Tak boleh tidur lena tapi bila dekat azan subuh, senang terlena.
* Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tengah malam selalu lapar
* Susah nak dapat anak, senang gugur
* Ada rasa kelibat orang lalu
* Yang lagi parah, saka bersetubuh dengan kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan. Jadi bila kita “bersama”, berbual-bual la sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.
Antara cara hilangkan saka ialah dengan berzikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.
Antara penyakit yang biasanya disebabkan saka adalah kanser payu dara, kanser rahim dan kanser tulang.
3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah KANSER, AIDS dan LEUKEMIA. Kalau dapat ni, pergi la berusaha merawat di pusat-pusat perawatan cara islam juga.
Kalau ibu kita sakit kanser dan dia tak mampu berzikir, kita boleh tolong zikirkan.
Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas ; “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari
Tips atau petua kalau anak lari dari rumah
Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya di ‘hanger’ atau penggantung baju, kemudian anginkan baju tersebut. Hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari.
Masa laungan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyaAllah akan sampai panggilan kita kepadanya.
Tips atau petua kalau anak degil
*** Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala anak dan pangil roh anak. Ni seram sikit masa nak buat hehehe. Mula-mula jer seram, lepas tu dah biasa ok la.
Contoh seruan yang boleh dibuat;
“Wahai roh anakku “nama anak”, jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia.”
You can ask anything! Anda boleh doakan apa saja. Nak anak senang bangun ke sekolah, cakaplah supaya roh anak itu senang bangun tidur. Just try and see.
So, info dah disampaikan, marilah kita sama-sama praktikan mana-mana yang boleh. Sebarkan info ini kepada kawan-kawan yang lain.
Selamat beramal.
No comments:
Post a Comment