source: email
"Ya Allah jauhkanlah aku dari kesulitan!"
Allah berkata, "Tidak. Kesulitan dan penderitaan telah menjauhkanmu dari
jerat duniawi dan mendekatkanmu pada-Ku. Kesenangan telah melalaikanmu
dari mengingatiKu. "
"Ya Allah, berilah aku rezeki yang halal!"
Tidak. Dalam kitab suciKu, telah kuberikan panduan mana rezeki yang
halal, mana yang haram. Tinggal engkau melaksanakannya. "
"Ya Allah, berilah aku kebahagiaan dalam hidupku."
Allah berkata, "Tidak! Telah Kuberi keberkatan, kebahagiaan bergantung
kepadamu sendiri untuk menghargai keberkatan itu. "
"Ya Allah berikanlah aku kenikmatan dalam hidup ini."
Allah berkata, "Tidak! Aku beri kau kehidupan supaya kau menikmatinya.
Kenikmatan datang dari syukur. Kerana kau tidak mensyukuri apa yang
telah kuberikan kepadamu, kenikmatan tidak pernah datang kepadamu. "
"Ya Allah, terimalah ibadah-ibadahku!"
Allah berkata: "Tidak. Bukan Aku yang membuat ibadat Kuterima atau
Kutolak tapi engkau sendiri. Maka, perbaikilah ibadah-ibadat. "
"Ya Allah, jauhkanlah kesombongan dariku!"
Allah berkata, "Tidak! Bukan Aku yang menjauhkannya, tapi kau yang harus
menjauhinya dan serahkan kepada-Ku. "
"Ya Allah, berilah aku kesabaran dalam hidup ini."
Allah berkata, "Tidak! Kesabaran didapat dari ketabahan dalam menghadapi
cubaan; tidak diberikan, kau harus meraihnya sendiri. "
"Ya Allah, jadikanlah anakku, anak-anak yang soleh!"
Allah berkata: "Tidak. Kesolehan anak-anak bergantung cara engkau
mendidiknya, bukan Aku yang menjadikannya. Apabila mereka membesar
menjadi manusia yang tidak mengenal-Ku dan tidak taat kepada-Ku, orang
tuanyalah yang akan Aku minta pertanggungjawakannya di mahkamah-Ku
kelak. "
"Ya Allah, aku sedih anakku cacat, sempurnakanlah anakku yang cacat."
Allah berkata, "Tidak! Jiwanya telah sempurna, tubuhnya hanyalah
sementara.
Aku memberimu anak dengan kesempurnaannya. Cacatnya diakibatkan oleh
perbuatan-perbuatanmu yang tak kau sedari. "
"Ya Allah, kabulkanlah semua doaku"
Allah berkata: "Tidak. Banyak doa-doamu disebabkan oleh nafsumu yang
bila kukabulkan itu akan mencelakakanmu sendiri. Engkau banyak meminta
kepadaKu tetapi tidak tahu untuk mensyukurinya. Aku mengabulkan doa-doa
yang ikhlas, tidak berlebihan dan sesuai dengan kadar yang kamu
memilikinya. "
Kadang kala kita berfikir bahawa Allah tidak adil, kita telah susah
payah memanjatkan doa, meminta dan berusaha, pagi-petang-siang-malam,
tapi tak ada hasil. Kita mengharapkan diberi pekerjaan, puluhan bahkan
ratusan lamaran telah kita kirimkan tak ada jawaban sama sekali - orang
lain dengan mudahnya mendapatkan pekerjaan. Kita sudah bekerja keras
dalam pekerjaan mengharapkan naik pangkat, tapi tiba-tiba orang lain
yang mendapatkannya tanpa susah payah.
Kita mengharapkan diberi pasangan hidup yang baik dan sesuai, berakhir
dengan penolakan dan kegagalan, orang lain dengan mudah berganti
pasangan.
Kita menginginkan harta yang banyak, namun masih tidak cukup.
Cuba kita bayangkan diri kita seperti anak kecil yang sedang demam
selsema, lalu kita melihat penjual aiskrim. Anak yang sedang panas
badannya merasa haus dan menganggap dengan minum aiskrim dapat mengubati
rasa demam (maklum anak kecil).
Lalu kita meminta pada orang tua kita (seperti kita berdoa memohon pada
Allah) dan merengek agar dibelikan aiskrim itu. Ibu bapa kita tentu
lebih tahu aiskrim boleh memburukkan lagi penyakit kita. Tentu dengan
segala dalih kita tidak dibelikan. Ibu bapa kita tentu ingin kita sembuh
dulu baru boleh minum aiskrim yang lazat itu.
Begitu pula dengan Allah, segala yang kita minta Allah tahu apa yang
paling baik bagi kita. Mungkin tidak sekarang, atau tidak di dunia ini
Allah mengabulkannya. Kerana Allah tahu yang terbaik yang kita tidak
tahu. Maka, sembuhkan dulu "selsema" dan "demam" dalam diri kita itu
dengan meningkatkan kesedaran diri.
Saturday, 20 November 2010
Tuesday, 16 November 2010
Azrina's Birthday
Monday, 15 November 2010
Rahsia Taugeh
Menu TAUGE untuk hidangan makan tengah hari mahupun makan malam sering kali dipandang sebelah mata oleh kebanyakan kita. Tauge dilihat sebagai hidangan yang langsung tidak menyelerakan.
Tapi tahukah anda, tauge yang kerap kali menjadi pilihan terakhir untuk dijadikan sayur ini sebenarnya mempunyai banyak khasiat. Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita. Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.
Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia ya berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dikatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas.
Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis)
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus.
Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau "lemak jahat" LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda.
Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.
Jadi apalagi, mari kita ramai-ramai makan tauge hari-hari.

Friday, 12 November 2010
My Jamie at Home Party
Wednesday, 10 November 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)