Monday 21 February 2011

February moments

1st February was Aimi's birthday. Special request from her roast beef dinner.













Valentine's gift from my husband

Our new tagine pot from lakeland.

Lamb Nihari, cooked using our new tagine pot.

My attemped to made brioche. Taste ok but its was hard.

After tele-conversation with my mom, I fancy lontong. Get the receipe from her and wallah!! lontong for breakfast.

Siti, Ashraf & Anis were our guests for the birthday roast lunch.







20th Feb was Halim's birthday. Happy Birthday my darling husband.




Tuesday 1 February 2011

Email berantai vs Akidah

source: email


Assalamualaikum saudara dan saudariku semua, harap semuanya dalam
keadaan sihat dan mendapat rahmat dan pelindungan Allah pada setiap
saat masa.
Pastinya ramai Muslimin dan Muslimat di luar sana pernah mendapat
surat atau pun email dalam bentuk sebegini…. Sila baca kandungan email
ini di bawah.

-----------------mula------------------------------------------------
Allahu Akbar !
Saya tidak pernah menyangka-nyangka bahwa dengan meneruskan kalimat
ini ke rakan dan saudara sekalian, Allah memberikan saya rezeki yang
tidak disangka-sangka...
Memang tidak sampai 12 jam setelah saya kirimkan pesan itu... tapi
limpahan kurniaNya kepada saya sungguh diluar pemikiran saya...
Subhanallah ! Alhamdulillah....
kirim kalimat ini ke 12 orang yang kamu anggap baik di hidupmu dan
posisi kewanganmu akan bertambah dan buktinya dalam 12 jam kamu harus
percaya akan keajaiban bulan ini AL-QAYYUM, AL-MAJID, AL-WAJID, AL-
WAHID, AL-AHAD, AL-SAMAD, AL-KADIR, AL-MALIK, AL-RAHMAN, AL-RAHIM
ALLAH SWT TIDAK PERNAH TIDAK DAPAT MENYEMPURNAKAN PESANNYA, KALA KAMU
MENGHANTAR BERITA INI KEPADA 9 ORANG INSYAALLAH KAMU AKAN MENDAPATKAN
BERITA BAIK ESOK.
------------------tamat----------------------------------


Pernah menerimanya bukan..? Persoalannya di sini, benarkah apa yang
dikatakan oleh email tersebut? Apakah benar kesan yang dinyatakan itu
benar-benar berlaku atau pun sebaliknya? Setelah membuat sedikit
analisis dengan cara email tersebut dihantar dan kandungannya, memang
benar apa yang dikatakan oleh pengirim email tersebut. Si pengirim
email akan mengalami kesannya tidak sampai 12 jam selepas dihantar,
malah kesannya juga akan berlaku serta-merta setelah email tersebut
dihantar. Kesannya pula sesuatu yang langsung si penghantar email ini
tidak jangkakan akan berlaku ke atas dirinya, kesan yang dialaminya
nanti teramat besar sehingga bakal mengejutkan dirinya sebagai seorang
Muslim.

Sebenarnya email sebegini sudah berpuluh tahun dalam pengedaran....
dulu dalam bentuk surat, sekarang dalam bentuk email pula... pertama
sekali kita kena kaji dulu apa kandungan dan banyak aspek lagi untuk
dibuat penilaian.
Sekiranya kandungan tersebut mempunyai kata-kata nasihat dan perkara-
perkara yang boleh memberi manfaat kat org yang membacanya nanti,
memang patut kita forwardkan supaya dapat berkongsi ilmu dan
pengetahuan.

Tapi dalam kes surat berantai dan yang terkini email berantai ni,
terdapat sesuatu yang amat tidak kena dengannya. Surat-surat dan email-
email sebegini sebenarnya memberikan kesan mudarat secara langsung
kepada pembacanya dan juga kepada penyebar-penyebarnya. Kenapa begitu?

Sebabnya
1. Mempercayai dan seterusnya meyakini yang email sebegini boleh
mendatangkan kebaikan, rezki, kemudaratan dan sebagainya merupakan
salah satu daripada berbagai bentuk syirik kepada Allah. Samalah juga
dengan mempercayai tangkal yang boleh melindungi rumah seseorang dari
sebarang pencerobohan dan kecurian. Bukankah tangkal itu tak berdaya
hatta untuk menghalau seekor lalat yang hinggap ke atasnya. Padahal
dalam Islam telah pun diajarkan amalan-amalan menurut Rasulullah
s.a.w. yang perlu selalu diamalkan seperti membaca Al-Qur'an dalam
rumah dan membaca doa-doa tertentu mengharapkan Rahmat dan Keselamatan
dari Allah s.w.t.. Maka mempercayai email sebegini boleh mendatangkan
rezeki adalah sangat menyesatkan.

2. Perkara seumpama ini merupakan satu perbuatan manusia yang malas.
Cuba mencari kesenangan dan mengharapkan rezeki datang tanpa usaha.
Sedangkan Allah s.w.t. menyuruh setiap manusia itu berusaha. Tapi
sebelum berusaha itu perlulah manusia itu berdoa memohon kepadaNya
supaya dimudahkan usaha itu. Selepas berusaha hendaklah bertawakkal
juga kepada Allah s.w.t.. Saya tak nampak pun semua ciri-ciri ni ada
dalam email tersebut. Tiada unsur doa kepada Allah supaya
dipermudahkan rezeki dan sebagainya. Yang ada cuma menyatakan beberapa
nama Allah kemudian forwardkan email dan kemudiannya rezeki akan
datang melimpah-limpah. Bukankah itu satu bentuk atau cara yang
memusnahkan? Jika 1 orang menghantar kepada 9 org yang lain dan 9 org
tersebut melakukan perkara yg sama, maka pada peringkat atau tingkat
ke tujuh email tersebut dihantar, ia telah sampai ke tangan atau kotak
email seramai 4,782,969 orang. Apa maksud semua ini? Ini membawa
maksud, yang seramai hampir 4.8 juta orang muslim berjaya disesatkan
dan melakukan perbuatan syirik dengan email sebegini. Yang lebih
malang lagi, seramai 4.8 juta orang muslim yang menerima email
sebegini telah berjaya 'dinasihatkan'
supaya menjadi malas dan tak perlu berusaha dan bertawakkal kepada
Allah.
Kesannya pula ialah kemunduran ekonomi umat Islam dalam tempoh jangka
masa panjang kerana suka mempercayai segala perkara mengarut sebegini.

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan
sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan
mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu
berjaya (di dunia dan di akhirat). (Al Hajj ayat 77)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Al Baqarah ayat 45)

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan
bersabar dan dengan sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai
(menolong) orang-orang yang sabar (Al Baqarah 153)

Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka
bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang
kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-
banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di
akhirat). (Al Jumu'ah ayat 10)

Dalam ayat-ayat di atas dan banyak lagi dalam Al-Qur'an, Allah s.w.t.
menyatakan dengan jelas bahwa kalau manusia ingin mendapat kejayaan di
dunia dan akhirat, hendaklah manusia itu bersolat, berdoa, berusaha
bersungguh-sungguh dan bersabar. Masalahnya, tiada satu pun formula
kejayaan dunia dan akhirat ini disarankan dalam email tersebut, yang
ada cuma forwardkan saja dan kejayaan akan dimiliki. Bukankah itu
bertentangan dengan apa yang Allah s.w.t. sarankan seperti dalam ayat
di atas.

3. Satu lagi kemudaratan yang akan datang bersama perbuatan
mempercayai dan meyakini email sebegini ialah, bakal terhakisnya
kepercayaan, keimanan serta keyakinan kita kpd Allah s.w.t.. Kenapa
begitu? Ini akan terjadi apabila si penghantar email dan org yg
meyakininya tidak menerima imbuhan serta rezeki yang diharapkan
seperti mana yang dikatakan dalam email tersebut, perasaan tidak
percaya dan kecewa kepada Allah s.w.t. akan timbul, padahal sedari
awal tadi tiada pun satu doa dikemukakannya kepada Allah. Percayalah,
tiada apa pun yang akan diperolehi melainkan kesesatan belaka
bertopengkan mempromosikan nama-nama Allah.

4. Email sebegini merupakan satu bentuk rasuah kepada si penerima
supaya melibatkan diri dalam menyebarkan email dengan dakyah tersebut.
Menjanjikan habuan dunia semata-mata. Padahal kan lebih elok diseru
kepada semua penerima email tersebut supaya memahami apa maksud-maksud
disebalik nama Allah tersebut dan kenapa Allah s.w.t. memperkenalkan
dirinya dengan nama-nama Indah tersebut. Sebagai contoh spt. dibawah
ini:

...Salah satu daripada nama Allah ialah Ar-Rahman yang bermaksud Yang
Maha Pemurah. Allah s.w.t. bersifat Maha Pemurah kepada semua
makhlukNya tidak kira samada makhlukNya itu beriman atau tidak,
menyintaiNya atau pun tidak.
Dia akan tetap memurahkan rezeki kepada semua makhlukNya. Sebab itulah
kita dapat melihat semua manusia di muka bumi ini tidak kira Islam
atau pun bukan, mendapat rezeki yang cukup serta mendapat nikmat
kesihatan dan kehidupan. Di atas sifatNya Yang Maha Pemurah inilah,
kita selaku muslim yang beriman kepadaNya dan RasulNya, hendaklah
memohon doa kepada Allah dengan menyebut nama-namaNya yang sesuai
dengan doa dan permintaan kita supaya hajat dan doa kita tadi
dimakbulkan. Berzikirlah sebanyak-banyaknya dengan memohon doa kepada
Allah dengan penuh pengharapan dengan memanggilNya dengan nama-nama
ingahNya yang sesuai dan berusahalah.
Kejayaan itu hanya akan dimiliki oleh mereka yang solat dan sabar..

email seumpama contoh ini adalah lebih baik kerana ia mendekatkan kita
dalam mengenali Ar Rahman, Tuhan seluruh alam Yang Maha Pemurah dan
apa bentuk harapan yang boleh disandarkan kepadaNya dengan menyebut
namaNya sebegini tanpa mengharapkan habuan dunia dengan kerja senang
tanpa berusaha.

atau seperti contoh email seperti yang dihantar oleh seorang
pengunjung blog ini, umie-safa, yang diemailkan kepada saya. email
tersebut seperti di
bawah:
Mohon >pertolongan Allah -forward

Alhamdulillah, kita jauh dari peperangan yang melanda di Asia Barat.
Tetapi, hati meronta- ronta mengenangkan saudara-saudara kita di
sana .
Mungkin ada yang berkata
"Kalau lah aku ada sebuah jet pejuang , akan ku bedil kafirun Yahudi".



saya mohon tuan tuan berdoa kepada Allah memohon bantuan.

RAHSIA MUKJIZAT AL QURAN
Mari kita berdoa, Dengan penuh keyakinan, fahami terjemahan dan maksud
surah Al-Fil.............
Bacakan surah tersebut dibibir deng an hati mengingati peristiwa
kehancuran tentera Bergajah.
KEMUDIAN BERDOALAH BEGINI:-

Ya Allah!! Sebagai man a Engkau Pernah menghantar burung -burung
ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon
kepada mu Ya Allah........ turunkan lah bantuan mu kali ini kepada
orang orang Islam di Lubnan, hancurkanlah rejim zionis.........
amin...." (kemudian dibaca
>surah Al Fil sambil membayangkan kehancuran tentera Yahudi -
>dihancurkan dengan Izin Allah)

> "Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Palestin ,
Afghanistan , Iraq , Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat
dari angkara mungkar dan kekejaman musuh musuh Mu. Peliharakanlah
mereka, lindu ng ilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah
rahmatMu ke atas mereka.


Amin, ya Rabbal A'lamin."

walaupun email ini hanya menyarankan umat Islam yang menerimanya
berdoa kepada Allah tanpa berusaha, sekurang-kurangnya email tersebut
masih lagi berada dalam landasan yang tidak tergelincir iaitu
mengharapkan rahmat dan bantuan terus dari Allah. (Saya sudah
mengupaskan bab Ababil ini dalam sebuah artikel saya bertajuk Ababil
Sunnatullah Yang di Perlekehkan, untuk membacanya KLIK SINI). Sekurang-
kurangnya, dalam kita umat Islam yang berjuta, mungkin akan ada salah
seorang dari kita ini yang doanya lebih cepat dimakbulkan Allah. Maka
peluang doa itu untuk didoakan oleh mereka yang tiada masalah hubungan
dengan Allah akan menjadi lebih besar jika diforwardkan dengan cara
begini.

5. Dengan menghantar email berantai sebegini (email yg menyatakan
habuan dunia akan diperolehi), 'profit sharing' dalam hal menyesatkan
ummah akan kita dapat. Bayangkan sembilan org yang menerima email dari
kita itu tadi meyakininya dan seterusnya melakukan perkara yang sama
dengan forwardkan email tersebut kepada sembilan orang lagi, maka
akhirnya kita telah berjaya menyesatkan serta merosakkan akidah 4.8
juta umat Islam pada peringkat ketujuh dan berjaya menyesatkan lagi
387,420,489 orang Islam dengan hanya satu klik pada butang forward
dalam browser email kita. Mahukah kita menanggung dosa merosakkan
akidah serta memundurkan seramai 387 juta orang umat Islam?

6. Perbuatan menghantarkan email sebegini juga samalah seperti
melacurkan nama-nama Allah yang indah ini untuk kepentingan sendiri.
Pasti kalau saya mengatakan sebegini, ramai yang akan marah dengan
saya. Tapi kebenaran itu harus dinyatakan walau pun pahit kesannya.
Kenapa pula mesti disamakan seperti melacurkan nama-nama Allah? O.k.
disini diterangkan supaya jelas.
Seorang lelaki yang melanggan seorang pelacur, dia hanya berniat atau
berhajatkan kepada memuaskan hawa nafsunya sahaja. Mungkin nama
pelacur tersebut akan ditanyanya bagi memudahkan komunikasi, tapi
latar belakang, siapa ibu bapanya, kenapa dia melacurkan diri, apa
masalahnya, dari mana asal usulnya tak pernah ditanyakan atau diambil
peduli oleh si lelaki tersebut. Apa yang dimahukannya ialah kepuasan
nafsunya saja. Pelacur tersebut cuma menjadi alat bagi mencapai motif
utamanya. Samalah juga dengan email sebegini yang hanya menyebut nama-
nama Allah yang indah tersebut tanpa memperkenalkan apa maksud
disebalik nama-nama indah itu.
Yang ditekankan dalam email tersebut ialah ganjaran dunia yang menanti
bila menghantar email sebegini. Langsung tak disarankan dalam email
sebegini untuk menyebut nama-nama Allah yang indah ini melalui mulut
dan lidah sebagai zikir, yang ada cuma forwardkan kepada sembilan
orang dan kemudian habuan dunia menanti anda! Bukankah ini sama dengan
situasi lelaki yang melanggan pelacur tadi, siapa pelacur tersebut
yang dilangganinya dia tak pernah peduli, janji habuan kepuasan nafsu
dunianya tercapai.

Kesimpulannya di sini ialah, janganlah membuang masa melayan email
sebegini kerana ianya memudaratkan serta merosakkan ummah.Adalah lebih
baik menghantar email yang mengandungi cerita-cerita, peringatan-
peringatan serta nasihat yang boleh memberi manfaat kepada sesama
manusia dan mendekatkan manusia kepada Allah s.w.t. tanpa menjanjikan
sesuatu yang tak pasti seperti email dibawah. Mungkin niat si pengirim
asal email itu baik, tapi cara pelaksanaannya agak membawa banyak
kemudaratan dari kebaikan.
Harapan saya jangan lagi terpedaya dengan emai-email dalam bentuk
sebegini.
Letakkan pengharapan tunggal hanya kepada Allah s.w.t. dan berusaha
serta bersabar untuk berjaya. Jika tiada kesabaran dan tawakkal,
kejayaan itu tak akan boleh dimiliki hatta menghidunya sekalipun.
Berusahalah, kerana bantuan Allah hanya datang apabila kita berusaha
dan bersabar dalam usaha kita.

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -Kecuali orang-
orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan
dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. (Al Asr ayat 1- 3)

Semoga kita semua tergolong dalam kumpulan manusia yang tidak dalam
kerugian. Wallahua'lam..

Perhatian... Kepada pembaca yang berminat untuk menyalin artikel-
artikel yang terdapat dalam blog ini ke mana-mana blog-blog atau
email, anda dibenarkan untuk berbuat demikian dan pihak kami berharap
agar pihak anda dapat menyatakan dengan jelas www.satuhala.blogspot.com
sebagai sumber artikel-artikel ini diambil. Semua artikel dalam blog
ini merupakan hasil karya Muhammad Ibn 'Az. Semoga semua ilmu yang
dikongsi akan memberi manfaat kepada semua.


Firman Allah: "Sekali-Kali Tidak Akan Redha
Orang-Orang Yahudi Dan Nasrani Itu Sehingga Engkau
Mengikut Cara Hidup Mereka." (Al Baqarah: 120)



Firman Allah : "Dan Janganlah Kamu Campur Adukkan Yang HAQ Itu Dengan
Yang BATIL, Dan Kamu Sembunyikan Yang Benar Itu Pula Padahal Kamu
Semua Mengetahuinya."
(Al-Baqarah : 42)