Sunday, 3 July 2011

Cerita 19 ekor Unta

Source: email

19 EKOR UNTA
Kisah seorang ayah bernama Seikh Izuddin yang tinggal di Yaman. Usianya sudah lanjut dan dia hidup menduda bersama 3 orang anaknya. Kerjanya mengembala unta dan sehingga disaat-saat kematiannya dia mempunyai 19 ekor unta. Menyedari usianya yang sudah hampir ke penghujung maka Seikh Izuddin menulis surat wasiat untuk anak-anaknya supaya tidak berlaku pergaduhan dikemudian hari.

Wasiatnya diberi kepada ketua kampong dan surat wasiat tersebut adalah sedemikian isinya. “ Wahai anak-anakku, ayahanda mewasiatkan untuk-untuk peliharaan kita ini kepada anakanda semua. Anak yang sulong Abdullah, bahagian kamu adalah ½ daripada unta-unta tersebut. Ambil dan jagalah sebagai harta kamu. Anak yang kedua, Ismail untuk kamu ayahanda mewasiatkan ¼ daripada unta-unta tersebut dan untuk anakanda yang bongsu Sufian, kamu ambillah 1/5 daripada untu-unta sebagai bahagian untuk kamu.”

Selepas sebulan surat wasiat ditulis dan diserahkan, maka Seikh Izuddin pun meninggal dunia. Makan dikumpulkan semua orang kampong dan 3 beradik untuk urusan menunaikan wasiat. Setelah berkumpul, ketua kampong pun membacakan wasiat tersebut, tukang catat menulis segala urusan yang berlaku dan seorang bertugas sebagai tukang hisab.

Kata ketua Kampung, “Untuk kamu anak pertama ½ bahagian daripada unta-unta.”

Maka tukang hisab membuat kira-kira. ½ x 19 dapatnya 9 ekor setengah.

Maka anak pertama berkata “Ini tidak adil. Macam mana saya nak dapatkan setengah unta yang hidup. Takkan nak sembelih unta ini. Saya nak hidup-hidup. Tak kira apa yang berlaku.” Masih terselit tamak haloba dalam hati anak yang pertama.

“Sabar-sabar” kata ketua kampong yang mula terasa susah hati.

“Kita beri pada anak yang ke-2 dulu” sambung ketua kampong.

“Tukang hisab, kira”…

Maka kiralah tukang hisab… ¼ x 19 dapatnya 4.75 ekor. Masih juga ada yang tidak genap 1 ekor. Belum sempat ketua kampong berkata-kata…

“Ini tidak patut, sudah dapatnya sedikit untanya ada yang perlu dipotong” bantahan mereka berbaur inginkan lebih.

Ketua kampong sudah minta air daripada pembantunya untuk menenagkan diri.

“Sabar semua, kita kira untuk Sufian, mudah-mudahan semua selesai.”

Maka sekali lagi tukang kira menjalankan tugas… 1/5 x 19 dapatnya 3.8 ekor. Semua bigung dan ketua kampong menawarkan kepada orang kampong sesiapa dapat mengira dengan tepat akan diberi ganjaran 20 dinar. Semua sibuk mengira termasuk anak-anak Seikh Izuddin yang tamak. Keadaan semankin hangat.

BOLEH SAUDARA/ SAUDARI PEMBACA SELESAIKAN? NAK TAHU TERUSKAN MEMBACA….

Dari jauh nampak seorang pegembara menunggang seekor unta. Makin hampir, makin hampir dan jelaslah di atas unta tersebut, seorang tua dengan berpakaian lusuh. Mungkin perjalanannya sangat jauh. Bila sudah sampai dekat dengan orang kampong maka bertanyalah orang tua tersebut.

“Ada masalah besar? Boleh saya bantu” Tanya pakcik pengembara.

“Pakcik apa tahu, pakcik pergilah teruskan perjalanan dan selesaikan urusan pakcik” sampuk Ismail.

“Anak beritahulah, tidak rugi jika dikongsi”dengan sabar pengembara itu berkata.

“Baiklah” kata ketua kampong ringkas sebagai kata putus.

Setelah 10 minit penceritaan semula….

“Itu je?” Tanya pakcik pengembara ringkas tetapi membuatkan orang kampong tercengan-cengan.

“Saya tolong selesaikan” sambungnya.

Kata pakcik tadi, “Saya bagi unta saya kepada mereka dan sebagai hadiah memberi peluang kepada saya untuk selesaikan masalah ini.” Sekarang unta sudah menjadi 20 ekor. Panggil Abdullah dan kira, maka ½ x 20 dapat 10 ekor. Dengan gembiranya kerana mendapat lebih , dia terus mengambil bahagiannya dan berlalu. Kemudian Ismail dipanggil dan bahagiannya dikira. Alhamdulillah ¼ x 20 dapatnya 5. Ismail pun gembira, terus ambil dan berlalu. Terima kasih pun tidak… takut kira semula, nanti dia dapat semakin kurang. Begitulah seterusnnya Sufian dipanggil dan dikira bahagiaanya. 1/5 x 20 dapatnya 4 ekor, dia ambi dan terus berlalu.

Bila dikira semula, Abdullah dapat 10 ekor, Ismail dapat 5 ekor dan Sufian dapat 4 ekor, maka jumlahnya 19 ekor. Yang baki lagi 1 ekor, pakcik tua pegembara alam terus naik ke atas untanya dan terus berlalu.