Friday 5 March 2010

Kuliah Subuh

source: e-mail

Bismillahirrahmanirrahim

Kuliah subuh dari surau – Ahad 17.01.2010


Dosa yang paling Allah percepatkan balasannya ialah dosa kepada Ibu bapa. Dosa yg Allah paling lewatkan balasannya ialah dosa Syirik.


Manakala terpercik sahaja rasa kecil hati ibu bapa kita terhadap kita, maka berdosalah kita.


Al Qamah ialah seorang sahabat Rasulullah s a w yang kuat solat berjamaah, puasa, zakat dan bersedekah. Semasa sakratul maut beliau alami siksaan yg amat dashyat, tidak boleh mengucap, nyawanya tersekat dihalkum…tidak boleh keluar.


Selepas diadukan kepada Rasulullah s a w., perkara pertama yg ditanya baginda ialah…’Dimanakah ibunya?’…..Sama ada panggil ibunya itu kepadaku atau aku yg berjumpa dengan dgnnya. Oleh kerana Ibu Al Qamah berhemah tinggi dan beradab, walaupun terkedek2 bertongkat..beliau sendiri datang kepada Rasullullah.

RAsulullah bertanya kepada ibu Al Qamah apakah yg dilakukan oleh Alqamah (anaknya) itu sepanjang hidupnya. Ibunya berkata Al Qamah seorang anak yang baik, kuat solat, rajin berjamaah, kuat puasa , zakat, dan suka bersedekah..Mana boleh beliau itu berdosa…


Sabda Rasullullah….mana mungkin. Lantas Rasulullah arahkan para sahabat mengumpulkan kayu2 untuk membakar Alqamah ..daripada membiarkan beliau tersiksa menanggung sakratul maut. Ibu Alqamah merayu supaya jangan dibakar. Lantas Rasulullah..mendesak semula ibu AlQamah supaya mengingat-ingat baik2 semula apakah kesilapan Alqamah semasa hidupnya….



Maka tiba2 Ibu Al Qamah teringat….Oh Rasullullah…mungkin ada satu kali aku ada sedikit terasa hati iaitu apabila anak ku itu telah melebihkan isterinya daripada aku…jika itulah wahai Rasululllah dosanya pada ku…maka aku ampunkan dia…



Rasulullah s a wa minta sahabatnya menyiasat kembali keadaan Al Qamah….maka dilaporkan Al Qamah telah dapat mengucap dua kalimah syahadah dendan lancar dan mati dengan sempurna.





Ketika diperkuburan Al Qamah Rasulullah s a w telah memberi kuthbah/talkin/tazkirah….

“Barangsiapa telah melebihkan isterinya daripada ibubapanya..maka Allah melaknatinya”



Saya difahamkan bahawa hadis ini adalah hadis Qudsi. Hadis Qudsi adalah hadis yang paling kuat…selepas Al Qur’an.





Tuan/Puan yg dihormati....saban hari kita lihat para ulamak-ulamak dan ustaz2 kita kembali ke rahmatullah...semakin berkurangan ulamak2 muktabar berkaliber yg tinggal...manakala yg tinggal pula mengidap banyak penyakit2 yg kita tidak tahu... apa kata jika kita sama-sama korbankan 2.5 % kepentingan kita (pendapatan kita) ..kita asingkannya dan beri peruntukan kepada murid-murid yang hendak melanjutkan /mendalami pengajian Agama ke luar negara (ke Yaman contohnya) tetapi kurang berkemampuan..supaya mereka ini kelak dapat membimbing anak2 cucu kita menjadi warga Islam yang kuat yang dibimbing dan diasuh sejak dari dalam perut ibunya lagi.



Seorang Yahudi yang menjadi master mind dalam memesongkan agama islam di Indonesia (dengan menjadi ulamak) mendapati negeri yg paling lambat berjaya dipesongkan ialah Aceh. Kerana di sana para ibu mendodoi anak mereka di dalam buai dengan zikir2 dan lagu2 yg berbentuk perjuangan Islam. Wallahu alam.



Sekian buat kali ini yg sempat dikongsi...semoga sama2 direnungkan dan dipanjagkan..mudah2an kita sama2 mendapat rahmat. Amin.

No comments: