Friday 3 December 2010

Kasih Sayang Mengikut Bulan

source: email

KASIH SAYANG MENGIKUT BULAN

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah
dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah. Anda boleh
menyemak sendiri ciri-ciri ini dalam diri anda dan menjadi salah satu
pengetahuan untuk mengenali sahabat dan muhasabah diri.

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. Rajin dan
setiap yang dibuat nampak keuntungan. Suka pada kecantikan, kekemasan
dan teratur. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. Pandai
mengambil hati orang lain. Pendiam kecuali telah dirangsang. Agak
pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. Mudah
mendisiplinkan diri sendiri. Badannya sihat tetapi mudah diserang
selsema. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
Cukup sayang pada kanak-kanak. Suka duduk di rumah. Setia pada
segala-galanya. Perlu belajar kemahiran bersosial. Sifat cemburu yang
sangat tinggi

FEBRUARI
Berfikiran abstrak. Sukakan benda yang realiti dan abstrak. Bijak dan
pintar Berpewatakan yang mudah berubah. Mudah menawan orang lain. Agak
pendiam. Pemalu dan rendah diri. Jujur dan setia pada segalanya. Keras
hati untuk mencapai matlamat. Tidak suka dikongkong. Mudah memberontak
apabila dikongkong. Suka kegiatan yang lasak. Emosinya mudah terluka
dan sangat sensitif. Mudah mempamerkan marahnya. Tidak suka benda yang
remeh-temeh. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. Sangat berani
dan suka memberontak. Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada
harapan untuk merealisasikan impiannya. Pemerhatian yang tajam. Suka
hiburan dan sukan. Suka benda yang bersifat seni. Sangat romantik pada
dalaman tetapi tidak pada luaran. Berkecenderungan pada benda yang
tahyul. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. Belajar untuk
mempamerkan emosi.

MAC
Berpesonaliti menarik dan menawan. Mudah didampingi. Sangat pemalu dan
pemendam rasa. Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah
simpati. Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam
persekitaran. Suka pada kedamaian. Sangat peka pada orang lain. Sesuai
dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. Tidak cepat
marah dan sangat amanah. Tahu membalas dan mengenang budi. Pemerhatian
dan penilaian yang sangat tajam. Kecenderungan untuk berdendam jika
tidak dikawal. Suka berangan-angan. Suka melancong. Sangat manja dan
suka diberi perhatian yang sangat tinggi. Kelam kabut dalam memilih
pasangan. Suka dengan hiasan rumahtangga. Punya bakat seni dalalm
bidang muzik. Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. Jangan
terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
Sangat aktif dan dinamik. Cepat bertindak membuat keputusan tetapi
cepat menyesal. Sangat menarik dan pandai menjaga diri. Punya daya
mental yang sangat kuat. Suka diberi perhatian. Sangat diplomatik
(pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
Sangat berani dan tiada perasaan takut. Suka perkara yang mencabar,
pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. Emosi cepat terusik.
Cuba kawal perasaan. Kecenderungan bersifat pendendam. Agresif dan
kelam kabut dalam membuat keputusan. Kuat daya ingatan. Gerak hati
yang sangat kuat. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan
orang lain. Berpenyakit disekitar kepala dan dada. Sangat cemburu dan
terlalu cemburu

MEI
Keras hati & degil. Kuat semangat & bermotivasi tinggi. Pemikiran yang
tajam. Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati &
perhatian orang lain . Perasaan yang amat mendalam. Cantik dari segi
mental & fizikal. Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian, tetapi
mudah dipengaruhi oleh orang lain. Mudah dipujuk. Bersikap sistematik
(otak kiri). Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yang
terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga &
leher mudah diserang penyakit. Daya khayalan yang tinggi. Permikiran
yang tajam. Pandai berdebat. Fizikal yang baik. Kelemahan sistem
pernafasan. Suka sastera, seni & muzik serta melancong. Tidak berapa
suka duduk di rumah. Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak.
Rajin dan bersemangat tinggi. Agak boros.

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan. Mudah ditawan kerana sikap baik.
Berperangai lemah lembut. Mudah berubah sikap, perangai, idea dan
mood. Idea yang terlalu banyak di kepala. Bersikap sensitif. Mempunyai
pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). Sukar melakukan sesuatu
dengan segera. Bersikap suka menangguh-nangguh. Bersikap terlalu
memilih & mahukan yang terbaik. Cepat marah & cepat sejuk. Suka
bercakap & berdebat. Suka buat lawak & bergurau. Otaknya cerdas
berangan-angan. Mudah berkawan & pandai berkawan. Orang yang sangat
tertib. Pandai mempamerkan sikap. Mudah kecil hati. Mudah kena
selsema. Suka berkemas. Cepat rasa bosan. Sikap terlalu memilih &
cerewet. Kurang mempamerkan perasaan. Lambat untuk sembuh apabila
terluka hati. Suka pada barang yang berjenama. Mudah menjadi
eksekutif. Kedegilan yang tidak terkawal. Sesiapa yang memuji,
dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI
Sangat suka didamping. Banyak berahsia dan sukar dimengerti
terutamanya lelaki. Agak pendiam kecuali dirangsang. Ada harga dan
maruah diri. Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila
disusahkan. Mudah dipujuk dan bercakap lurus. Sangat menjaga hati
orang lain. Sangat peramah. Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka
hatinya. Berjiwa sentimental. Jarang berdendam. Mudah memaafkan tapi
sukar melupakan. Tidak suka benda remeh-temeh. Membimbing cara fizikal
dan mental. Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta
penyayang. Layanan yang serupa terhadap semua orang. Tinggi daya
simpati. Pemerhatian yang tajam. Suka menilai orang lain melalui
pemerhatian. Mudah dan rajin belajar. Suka muhasabah diri. Suka
mengenangkan peristiwa atau kawan lama. Suka mendiamkan diri. Suka
duduk di rumah. Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. Tidak agresif
kecuali terpaksa. Lemah dari segi kesihatan perut. Mudah gemuk kalau
tak kawal diet. Minta disayangi. Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
Terlalu mengambil berat. Rajin dalam membuat kerja

OGOS
Suka berlawak. Mudah tertawan padanya. Sopan santun dan mengambil
berat terhadap orang lain. Berani dan tidak tahu takut. Orangnya agak
tegas & bersikap kepimpinan. Pandai memujuk orang lain. Terlalu
pemurah & bersikap ego. Nilai harga diri yang sangat tinggi. Dahagakan
pujian. Semangat juang yang luar biasa. Cepat marah & mudah mengamuk.
Mudah marah apabila cakapnya dilawan. Sangat cemburu. Daya pemerhatian
yang tajam & teliti. Cepat berfikir. Fikiran yang berdikari. Suka
memimpin & dipimpin. Sifat suka berangan. Berbakat dalam seni lukis,
hiburan & silat. Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. Cepat
sembuh apabila ditimpa penyakit. Belajar untuk bertenang. Sikap kelam
kabut. Romantik, pengasih dan penyayang. Suka mencari kawan

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur. Sangat cermat, teliti &
teratur. Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. Pendiam tapi
pandai bercakap. Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. Kerja yang
dilakukan sangat sempurna. Sangat sensitif yang tidak diketahui. Orang
yang banyak berfikir. Daya pentaakulan yang baik. Otak bijak & mudah
belajar. Suka mencari maklumat. Kawal diri dari terlalu mengkritik.
Pandai mendorong diri sendiri. Mudah memahami orang lain kerana banyak
menyimpan rahsia. Suka sukan, hiburan & melancong. Kurang menunjukkan
perasaannya. Terluka hatinya sangat lama disimpan. Terlalu memilih
pasangan. Sukakan benda yang luas. Bersistematik.

OKTOBER
Suka berbual. Suka orang yang sayang padanya. Suka ambil jln tengah.
Sangat menawan & sopan santun. Kecantikan luar & dalam. Tidak pandai
berbohong & berpura-pura. Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan
kawan. Sentiasa berkawan. Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak
lama. Cepat marah. Macam pentingkan diri sendiri. Tidak menolong orang
kecuali diminta. Suka melihat dari perspektifnya sendiri. Tidak suka
terima pandangan orang lain. Emosi yang mudah terusik. Suka berangan &
pandai bercakap. Emosi yang kelam kabut. Daya firasat yang sangat kuat
(terutamanya perempuan). Suka melancong, bidang sastera & seni.
Pengasih, penyayang & lemah lembut. Romantik dalam percintaan. Mudah
terusik hati & cemburu. Ambil berat tentang orang lain. Suka kegiatan
luar. Orang yang adil. Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. Mudah
patah semangat

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara. Sukar untuk dimengertikan atau difahami
sikapnya. Berfikiran kehadapan. Berfikiran unik dan bijak. Penuh
dengan idea-idea baru yang luarbiasa. Pemikiran yang tajam. Daya
firasat yang sangat halus dan tinggi. Sesuai jadi seorang doktor.
Cermat dan teliti. Personaliti yang dinamik. Sifat yang berahsia,
pandai mencungkil dan mencari rahsia. Banyak berfikir, kurang bercakap
tetapi mesra. Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. Terlalu
degil dan keras hati. Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan
sehingga berjaya. Tak suka marah kecuali digugat. Mudah ambil berat
terhadap orang lain. Pandai muhasabah diri. Cara berfikir yang lain
dari orang lain. Otak yang sangat tajam. Pandai mendorong diri
sendiri. Tidak hargai pujian. Kekuatan semangat dan daya juang yang
sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. Cuba sampai berjaya. Badan
yang sasa. Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. Suka duduk d irumah. Sangat
rajin dan berkemampuan tinggi. Amanah, jujur, setia dan pandai
berahsia. Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. Bercita-cita
tinggi. Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah. Bersifat patriotik. Sangat aktif dalam
permainan dan pergaulan. Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
Bercita-cita tinggi. Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam
organisasi. Seronok bila didampingi. Suka bercampur dengan orang. Suka
dipuji, diberi perhatian dan dibelai. Sangat jujur, amanah dan
bertolak ansur. Tidak pandai berpura-pura. Cepat marah. Perangai yang
mudah berubah-ubah. Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
Benci pada kongkongan. Suka berlawak. Pandai buat lawak dan berfikiran
logik.

No comments: