Tuesday, 27 September 2011

My Raya Guests & open House

When my in-law came for raya, I ordered take away from Pizza Huts. Everybody enjoyed it.



Man ( my brother-in-law)

Syed & Hanidah

Dr Zamros and children


Rodziah

Fazilah & her children, me & Norfadilah


Ariff's daughter

Fatimah (Ariff's wife) and children

Ariff

Sheikh & Wife

Harith, Ahmad Rudin & family


Di sit in the middle

Wan J and Meme

Sunday, 25 September 2011

Kuala Lumpur trip

We stayed 2 nights at Renaissance Kuala Lumpur Hotel and upgraded ourself to Club Floor. Bit disappointed with the service(have to asked 3 times for prayer mats), short of towel (only one in my room) although had requested extra towel when booking on line and the condition of the rooms (smelly bathroom when we arrived and lack of bulb for the bedside lamp). We have to wait for another half an hour for my mom's room to be ready. As for breakfast, the tea in Temptation taste of coffee, although I did complaint about the tea, I was given another cup of tea and still taste of coffee. It seem the person there didn't know to make tea or for them tea & coffee taste the same. So please, I don't drink coffee and don't tempt coffee when I asked for tea.
The good thing was the service from the front Office, a dutch lady whoes check us in and go all the way to help us when my husband was overcharged for breakfast. And the Butler at Club level made our metting at the club level very pleasant.






Mak & Yus at Chinoz KLCC for high tea

At Club level Renaissance Hotel.

Azren & Me

Before we catch our flight home to Jb, we had our lunch next to mamak stall for nasi campur. I enjoyed it as hotel foods is not really my taste.

Raya 2011

I missed my husband on the first day of raya as he still in London and only be back on the 3rd raya.
The day started with 4 of us driving to Kg Makam to visit my dad's and grandparents grave than to Telok Sengat also to visit my grandparents grave later to Mok Teh's house at Ladang. On the way home we dropped over at my late Mak Long's house in Johor Kampung and made our way to my Pak Long's house in Tun Aminah. Our raya didn't stop there we beraya at my sisters house (Kak Long's & Kak Ngah's house) and also beraya at Kak Kamal's house. By the time I reached home, I very, very tired.





Gugurkah Tanggungjawab Suami apabila Isteri berkerja

source: facebook

Gugurkah Tanggungjawab Suami Apabila Isteri Bekerja? Satu perkara yang memang telah diketahui umum malah oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah mereka yang bertanyakan soalan ini bahawa seorang suami adalah wajib menanggung segala perbelanjaan isterinya walaupun isterinya bekerja. Masalahnya ialah mereka yang mengetahui kebenaran ini enggan menerima kebenaran tersebut dan mangsanya adalah para isteri yang mengajukan soalan sebegini walaupun jawapannya telah mereka tahu dan hanya inginkan satu kepastian. Islam malah agama lain juga menetapkan bahawa suami adalah sebagai ketua keluarga. Apabila disebut sebagai ketua maka jelas sudah bahawa seorang suami bertanggungjawab atas segalanya. Makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan segala yang terangkum sebagai satu keperluan bagi isteri dan juga satu perkara sampingan tetapi menjadi perkara utama apabila dilakukan demi suami tercinta seperti rawatan kecantikan dan solekan. Malahan, sekiranya suami seorang yang mampu tetapi masih mengizinkan isterinya bekerja, suami sewajarnya menanggung segala kos ulang alik si isteri ketika bekerja. Segala pendapatan isteri pula adalah hak mutlak si isteri dan suami sekiranya berkehendakkan hasil pendapatan isteri bagi membantunya menanggung perbelanjaan rumah tangga, adalah dikira sebagai berhutang dengan si isteri. Cuma demi kerukunan rumah tangga malahan di dalam era globalisasi dan ketamadunan yang kian mencabar ini, memang satu bonus dan satu keperluan bagi sesetangah individu untuk si isteri bekerja bagi membantu meringankan tanggungan suami. Membantu meringankan bebanan dan tanggungan suami bukan bererti suami terlepas daripada tanggungjawab. Bagi seorang lelaki yang betul-betul ada harga diri, beliau akan berusaha dengan sedaya upata bagi memenuhi segala keperluan isteri, anak-anak dan keperluan rumah tangga tanpa mengharapkan hasil pendapatan isteri. Ingat lagi kisah seorang suami yang sanggup melakukan kerja sampingan bagi menyara keluarga walaupun isterinya bekerja. Inilah lelaki sejati yang menghargai isteri. Namun, berapa ramai lelaki yang sanggup melakukan sedemikian. Kebanyakkan lelaki sekarang ini, duit aku duit aku, duit isteri pun duit aku juga sebab aku ni suami, isteri kene ikut kata aku. Hmmmm.. memang boleh punah kebahagiaan rumah tangga individu sebegini. Menyebut tentang hasil pendapatan isteri, ingin diingatkan para isteri yang bekerja, memang tak salah kita membantu meringankan beban suami tetapi jangan terlalu membiasakan suami kita dibantu sewenangnya. Hasil pendapatan kita adalah hak kita yang mutlak. Kita bebas membelanjakannya sewenangnya hatta nak beli barang kemas selori pun adalah tidak salah. Cuma, secara logiknya, sudah tentulah kita ingin membantu suami kerana suami adalah insan yang kita cintai. Seperti yang ditegaskan, tidak salah membantu tetapi ada batasan. Walaupun tidak semua tetapi kebanyakkanya para suami yang sentiasa ditolong ini akan mudah lupa diri. Rasa bebas bernafas sikit, terus segala tugas yang patutnya dipikul oleh suami telah diserah bulat-bulat kepada isteri. Suami pula, mula pasang strategi nak tubuh “cawangan” terkini. Satu perkara lagi, ingin diingatkan kepada para isteri, jangan sesekali menyerahkan segala hasil pendapatan kita kepada suami. Pendapatan kita itu adalah hak kita sepenuhnya. Sekiranya ingin membantu, berikan sekadar yang perlu sahaja. Biasakan juga menyimpan segala resit perbelanjaan yang kita keluarkan bagi membantu suami menguruskan rumahtangga. Sebabnya, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi di belakang hari. Bukan meminta atau mendoakan tetapi tidak salah kita bersedia menghadapi segala kemungkinan. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Mungkin kita yakin kasih suami sepanjang hayat tetapi dalam sesaat,segalanya boleh berubah. Kebahagiaan 25 tahun hidup bersama boleh musnah sekelip mata hanya apabila wujud insan ketiga. Ini yang terjadi kepada seorang isteri. Setelah 25 tahun berkongsi dan berkorban segala, akhirnya beliau ditinggalkan sendiri bersama hati yang lara. Hanya anak-anak pengubat duka. Sesal dah tak berguna. Berbanding seorang kawan yang telah beringat-ingat sejak awal, hampir segala lelahnya dibayar apabila segala bukti pengorbananya yang tidak dihargai suami dikemukakan kepada pihak mahkamah. Lantas, beringatlah jangan dah terhantuk baru nak tergadah

Friday, 9 September 2011

ENAM PERKARA YANG ALLAH SEMBUNYIKAN

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. Dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya
Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Saturday, 3 September 2011

Jangan Dengar Bisikan Syaitan

source: email


JANGAN DENGAR BISIKAN SYAITAN

Saat Anda membawa Al-Quran, syaitan biasabiasa saja...tengok je..
Saat Anda membukanya, syaitan mulai curiga.
Saat Anda membacanya, ia resah dan gelisah.
Saat Anda memahaminya, ia kejang kejangan.
Saat Anda mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan sehari-hari. ia stroke.
............Teruskn membaca & mengamalknnya agar syaitan terus stroke .

Saat Anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan
kata "jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !"
~~SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan......

Saturday, 13 August 2011

7 SUNNAH PENTING

sumber: email


Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama:
Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.

Kedua:
Membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.

Ketiga:
Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat:
Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.

Kelima:
Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.

Keenam:
Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan d ija ga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh:

Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan d ija uhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


Sebarkanlah ilmu ini, dan anda tidak akan rugi sedikitpun, sebarkan, semoga ianya memberi manfaat pada semua