Assalammu'alaikum waramatuhllahi wabarakahtuh...
” Ya Allah…Sempena Ma’al Hijrah 1431H, Aku momohon kepada-MU agar
insan yang membaca email ini agar umurnya, amal ibadatnya, rezekinya,
hidupnya dan matinya sentiasa dalam peliharaan-MU dan jadikan dia
insan yang bertaqwa dan soleh. Amin.”
PADA 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal
Hijrah, bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar
Islam.Sambutan itu tidak disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi
secara terus terang tetapi ia tetap dianggap perayaan umat Islam.
Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secara
berlebihan-lebihan tahun baru Masihi (1 Januari) termasuk dicemari
perbuatan songsang
Kemuliaan Muharam yang pada hari itu kita berselawat memuji-muji
Rasulullah - satu amalan yang diperintah Allah.Kita alunkan
nasyid-nasyid seperti Talaal Badru Alaina bagi mengingati kembali
betapa gembira kaum Ansar menyambut kehadiran Rasulullah bersama
Muhajirin di Madinah.
Maal Hijrah atau Awal Muharram adalah merupakan permulaan tahun baru
bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati penghijrahan
Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Madinah dalam tahun 622
masihi. Di samping itu ianya juga merujuk kepada peralihan daripada
sesuatu yang buruk atau kurang kepada yang baik atau sempurna.
Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a dari Kota Mekah
ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan
menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah
bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam.
Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah,
mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi
adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.
Jika pada kebiasaannya kita berazam pada setiap tahun baru masihi,
apa kata kali ini kita juga berazam semasa ketibaan tahun baru
hijrah. Malah jika kita tidak pernah langsung berazam selama ini
bolehlah dimulakan sekarang. Azam ini bolehlah lebih ke arah
pengisian rohani dan keagamaan. Mungkin kepada mereka yang tidak
pernah solat berazam untuk mula bersolat, mereka yang bersolat tetapi
tidak cukup lima waktu berazam untuk melengkapkan solat lima waktu
dan mereka yang bersolat lima waktu berazam untuk meningkat kualiti
solat mereka.
Di samping itu perkuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak
kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan
kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih
tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan
ini.
Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu ‘Asar atau sebelum
masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku
dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan
Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini,
Allah ampunkan dosanya setahun”.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu
Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata, “Telah amanlah anak
Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431H
Jazakallah Khairun...
No comments:
Post a Comment